fasimlk1-matematik.zoom-a.com
Laman Peribadi
Fasimlk1-Mate

E-mel : fasimlk1-matematik@zoom-a.com
| DATA /MAKLUMAT | KPI PENGARAH | UPSR | PMR | SPM | MATEMATIK (UPSR/PMR) | GURU INOVATIF | PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH | AKTIVITI PELAJAR ASLI | KAJIAN TINDAKAN | QNET HEADCOUNT | BELAJAR KENDIRI | PERANCANGAN BENGKEL PERTANDINGAN GURU INOVATIF |

PROGRAM  SEKOLAH-SEKOLAH ASRAMA

Program  membantu pelajar –pelajar yang belajar  di sekolah-sekolah  asrama. Program ini merangkumi   pelajar  di  asrama sekolah  harian,  SMKA  dan SABK   (Sekolah  Agama Bantuan Kerajaan).  Di  Melaka  terdapat  37 buah sekolah asrama. Sekolah-sekolah asrama   yang dikenal  pasti  untuk dibantu  sebanyak 34 buah sekolah.

OBJEKTIF

           Meningkatkan motivasi pelajar.

           Pelajar mengetahui  konsep belajar cara  kendiri .

            Rahsia  pembelajaran  berkesan untuk kecemerlangan.

            Mengetahui  Gred Purata Individu. 

                                              MOTIVASI

       Dicadangkan,  apabila pegawai-pegawai yang ditugaskan  melawat   ke sekolah-sekolah yang ditetapkan perkara yang  disampaikan  ialah memberi motivasi kepada  pelajar.  Menerangkan  kepada  mereka tentang “Rahsia Pelajar   Cemerlang”  dan  cerita-cerita yang mampu mencetuskan  inspirasi.  Bahan-bahan  Motivasi   pelajar   boleh dirujuk  dalam  “Buku Motivasi Alihan Pelajar “   oleh   Dr. Tengku Asmadi.

       Contoh  tajuk-tajuk  motivasi kepada  pelajar  :-                                    Konsep Belajar  Kendiri

              -  Rahasia Pelajar Cemerlang. 

             -  Bersedia bagi cemerlang. 

             -  Prinsip  3 “S”. 

            -  Impian dan Matlamat.

           -  Dua Bahagian Otak . 

      Pegawai-pegawai juga  dapat memberi panduan dan  mengajar  pelajar  tentang  cara  belajar yang berkesan.  Belajar menjurus   kepada  peningkatan prestasi matapelajaran. 

               Contoh (bahan-bahan)  Konsep Belajar Kendiri ialah :-

                 -   Nota Berkesan.

       -   Mengatasi masalah lupa.

       -   Tips atasi malas.

       -   Mengatasi mengantuk.

       -   Mengurus  masa belajar. 

       -    Belajar Berkumpulan.   

        -   Belajar  menjurus kepada matapelajaran.

        -    Suasana belajar berkesan  dan gaya pembelajaran.

    

                Setiap  murid seharusnya  tahu prestasi mereka dan berusaha  meningkatkan prestasi setiap matapelajaran  Oleh itu  semua murid seharusnya  tahu tentang Gred Purata  Individu   iaitu nilai pencapaian  gred secara keseluruhan  bagi  semua mata  pelajaran yang diduduki oleh  sesaorang murid dalam sesuatu peperiksaan. Pegawai akan mengajar  Gred Purata Individu   kepada pelajar-pelajar di asrama yang dilawati.

                KESIMPULAN

 

                Apa yang akan disampaikan mungkin dari pengalaman yang dilalui oleh  pegawai-pegawai.Pendekatan yang mahu dikongsi adalah lebih bermakna apabila keberkesanannya telah  teruji.Impaknya  pelajar-pelajar  bukan sahaja cemerlang di- segi pelajaran malah juga cemerlang dari sudut sahsiah

      

 

          GRED PURATA INDIVIDU



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: