fasimlk1-matematik.zoom-a.com
Laman Peribadi
Fasimlk1-Mate

E-mel : fasimlk1-matematik@zoom-a.com
| DATA /MAKLUMAT | KPI PENGARAH | UPSR | PMR | SPM | MATEMATIK (UPSR/PMR) | GURU INOVATIF | PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH | AKTIVITI PELAJAR ASLI | KAJIAN TINDAKAN | QNET HEADCOUNT | BELAJAR KENDIRI | PERANCANGAN BENGKEL PERTANDINGAN GURU INOVATIF |

                                                                              QNET HEADCOUNT

Difinasi QNet Headcount.

       -  QNet Headcount –  Mengenalpasti , bilangan individu dalam sebuah kumpulan, intitusi organisasi,). Headcountmerupakan satu proses mengenal pasti potensi akademik setiap orang murid tahun  4 - 6 sekolah rendah  dan tingkatan  3 – 5 sekolah menengah.

   - QNet Headcount sebagai proses mengenal pasti potensi/keupayaan pembelajaran  setiap murid supaya guru-guru dapat menetapkan unjuran pencapaian mata  pelajaran bagi setiap murid di dalam kelas yang diajarnya.

    -     Pengukuran dan penilaian dengan tujuan untuk melihat perkembangan potensi murid dari segi akademik dan berusaha ke arah penambahbaikan mereka.

Strategi  Perlaksanaan  QNet Headcount.

    Guru dan Panitia mengenalpasti kumpulan-kumpulan sasaran. Bagi murid yang telah mencapai TOV A perlu diberikan strategi pengayaan untuk mengekalkan pencapaian  dan meningkatkan kualiti dan markah.

       -     TOV gred B ,C dan D menggunakan strategi  pengukuhan dan seterusnya disusuli dengan pengaya.

       -    Bagi murid pada nilai TOV gred D guru boleh memilih strategi pemulihan dan pengukuhan untuk meningkatkan pencapaian mereka kepada B atau C iaitu tahap lulus atau minimum.

Istilah QNet Headcount.


 -   TOV -  Nilai letak kerja murid berdasarkan pngetahuan sedia ada murid

 -           ETR – “Expected Targeted Result”= Sasaran hasil yang diharapkan merujuk kepada sesuatu 

   keputusan peperiksaan terakhir.

 -         OTI – “Operation Targeted Increment” = peningkatan  hasil pembelajaran yang disasarkan.

 -        AR – “ Acquired Result” = hasil pembelajaran yangsebenar diperoleh pada beberapa peringkat   peperiksaan.

Sasaran Sekolah dan Sasaran Panitia.

 -        Qnet Headcount mengariskan Panitia dan guru matapelajaran perlu menetapkan sasaran sekolah dan sasaran panitia.

 -   Guru-guru menetapkan unjuran pencapaian matapelajaran bagi setiap murid di dalam kelas yang diajarnya. 

 -        Penilaian bertujuan melihat perkembangan potensi murid dari segi akademik dan berusaha ke arah penambahbaikan mereka.

 

             TOV dan Penentuan Nilai TOV

       -  ”Take Off Value” = Nilai letak kerja seorang murid berdasarkan potensi sedia ada seperti pencapaian akademik dalam setiap matapelajaran.

      -      Bagi calon UPSR , Nilai TOV merujuk kepada keputusan peperiksaan akhir tahun 5.

        -    Merujuk kepada markah keputusan akhir tahun (Penilaian yang merangkumi topik-topik yang   sepatutnya dikuasai murid secara menyeluruh pada tahap itu).

                    

ETR dan Penentuan Nilai  ETR.

 Difinasi ETR –  Sasaran hasil yang diharapkan merujuk kepada sesuatu keputusan peperiksaan terakhir.

Langkah-Langkah.

 -   Berdasarkan TOV, murid yang baik disasarkan cemerlang.

  -    Merujuk kepada pencapaian terbaik pada tahun-tahun sebelumnya untuk dijadikan penanda aras.

 -  Sebaiknya murid dimaklumkan ETR nya supaya murid tahu sasaran GPI masing-masing. 

-Bukan semua murid diberikan nilai tambah yang sama . Justifikasi yang perlu dilakukan oleh guru berdasarkan potensi murid..Nilai tambah yang diberi hendaklah munasabah.

              

OTI & Penentuan  OTI.

-  OTI – “Operation Targeted Increment” = peningkatan   hasil pembelajaran yang disasarkan.

   Merujuk kepada penambahan markah dari TOV kepada ETR yang melibatkan penetapan jangkaan peningkatan markah dalam dua atau tiga kali peperiksaan dalaman.

-     Berdasarkan bilangan ujian/peperiksaan sepanjang tahun (Ujian sumatif bukan fomatif atau topikal).

 JPM – sekurang-kurangnya 3 kali – Ujian 1, Pertengahan, Percubaan.

                    

Langkah-Langkah Post  Mortem.
Post Mortem Ujian 

 -   Mengisi markah peperiksaan yang telah dilaksanakan dan analisis.  Dibentangkan dalam mesyuarat sekolah selepas Ujian 

 -   Guru matapelajaran memberi makluman balas. Menilai  pencapaian dan kenalpasti aspek kelemahan setiap murid.

 -    Menentukan tindakan pemulihan untuk tujuan penambahbaikan .

 Tindak Ikut.

 -   Pemulihan dalam bilik darjah secara berkala, berfokas kepada topik,item dan kemahiran yang murid belum kuasai.

 -   Menjalankan Aktiviti Pengukuhan dan Pengayaan.

 (Panatia dan guru matapelajaran memastikan – (murid/pelajar  dibimbing) - telah mengatasi kelemahannya sebelum Ujian berikutnya).

                        

Tindakan Sekolah.

 -   Pastikan semua guru faham dan menguasai QNet Headcount.

 -  Post mortem akademik perlu dijadikan budaya selepas setiap ujian dan diminitkan di dalam mesyuarat panitia dan kurikulum. 

 -   Pastikan tindakan susulan dan maklumbalas diterima daripada panitia dan guru mata pelajaran.

 -    Guru mata pelajaran perlu mengenalpasti kumpulan kawalan murid mengikut sasaran panitia dan sekolah.

  Persediaan Sekolah

  Sekolah perlu mempunyai maklumat dan bersedia dengan;-

-  Maklumat aku janji .

- Senarai pelajar mengikut sasaran sekolah.

- Senarai pelajar mengikut sasaran panitia.

- Keputusan terkini / perbandingan pelajar mengikut kumpulan kawalan.

- Strategi berfokus panitia dan sekolah – misalnya pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.


 



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: